Monday, 18 November 2013

Resipi Aiskrim Goreng.

Assalamualaikum,

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda Resipi Aiskrim Goreng. 

Kita mesti pernah dengar Aiskrim Gorengkan. Tapi, tak ramai yang tahu Resipi Aiskrim Goreng tu sendiri..

Saya langsung tak pernah tengok dan tak pernah makan pun aiskrim goreng ni. Tak dapat nak bayang, macam mana nak buat aiskrim goreng.

Ingatkan susah. Rupa rupanya senang saja. Lepas saya kongsi dengan anda resipi ini, pastikan anda buat di rumah ok.


Step 1 : Beli Roti Gardenia. Letakkan sekeping roti di atas pinggan. 


Letakkan aiskrim di bahagian tengah roti macam di atas. Jangan letak terlalu banyak. Nanti takut pecah masa anda nak tekan.


 Kemudian, letakkan sekeping lagi roti di atas. Ambil satu bekas yang bulat dan tekankan seperti di atas. Tekan dengan kuat dan pusing pusing sikit untuk asingkan bahagian luar dan dalam.


Kemudian, roti aiskrim akan berbentuk bulat sebegini. * Bahagian tepi yang dibuang tu boleh di buat bengkang roti. Jangan buang. Membazir amalan syaitan.


Kemudian, letakkan dalam plastik dan masukkan kembali ke dalam peti ais bahagian atas untuk sejukkan roti ini.


Ulang step ini. Buat banyak banyak. Senang boleh goreng sekali banyak banyak. Percayalah, buat banyak. Sebab mesti tak cukup kalau buat sikit.


Selepas sekurang kurangnya 2-3 jam dimasukkan dalam peti ais. Kalau 2-3 hari, 2-3 minggu pun boleh. Tak kisah. Lepas keluarkan aiskrim dari dalam peti ais, boleh terus goreng. Pastikan minyak panas betul betul. Kemudian, masukkan roti ini ke dalam minyak yang panas. Jangan lama, sekejap sahaja. Jangan sampai hangit.


Roti aiskrim goreng sudah siap untuk dimakan. 

Anda boleh menikmati Roti Aiskrim Goreng yang rangup rasanya dibahagian luar dan sejuk serta lembut di bahagian dalam. 

Percayalah.... Sedap..... Terbaik.... Anak anda pasti suka.

So, tunggu apa lagi... Cepat, pergi beli Roti Gardenia dan Aiskrim. Buat Aiskrim Goreng anda sendiri.

Semoga, ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua hari ini.

Wassalam.

Saturday, 16 November 2013

CREAMY OREO CHEESE CAKE
BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG 7")

BAHAN A OREO CRUSH

- 24 KEPING OREO BUANG KREMNYA DAN DITUMBUK HALUS
- 50 GM BUTTER DICAIRKAN


BAHAN B

- 500 GM CREAM CHEESE
- 150 GM GULA KASTOR
- 50 ML AIR PANAS
- 3 SUDU KECIL GELATINE
- 2 SUDU BESAR JUS LEMON
- 50 GM OREO DI CINCANG ATAU DITUMBUK KASAR


BAHAN C

- 200 ML WHIPPING CREAM NO DIARY (SWEET) DI PUKUL HINGGA KENTAL


*** SEKIRANYA TAK MAU CHEESE KEK TERLALU TEBAL BOLE BAGI 2 SUKATAN ASAL. SEMENTARA TUK CRUSH OREO REMAIN THE SAME AMOUNT TUK LOYANG 7" ***CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 A DAN GAUL RATA.

2. GRISKAN PADA BAHAGIAN BAWAH LOYANG SAHAJERR DAN MASUKKAN OREO. RATAKAN DAN TEKAN2 HINGGA MAMPAT ADUNAN OREO.

3. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 10-12 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK SEJUKKAN.

4. PUKUL BAHAN C HINGGA KENTAL DAN KETEPIKAN

5. BAHAN B, MASUKKAN GELATINE KEDALAM AIR PANAS DAN BIARKAN IANYA LARUT. SETELAH LARUT KACAU SEDIKIT.

6. PUKUL CREAM CHEESE BERSAMA DENGAN GULA HINGGA BERKREM. MASUKKAN GELATINE DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.

7. MASUKKAN LEMON JUS DAN OREO. GAUL HINGGA RATA.

8. SATUKAN PULA WHIPPING CREAM DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA SEMUANYA TERGAUL RATA. JGN SAMPAI ADUNAN CAIR PULAK YERR.

9. TUANGKAN ADUNAN INI KEATAS OREO CRUSH YG TELAH SEJUK TADI. RATAKAN DAN LETAK LAA BISKUT OREO SEBAGAI DECO DIATASNYA.


10. SEJUKKAN ADUNAN KEDALAM ESBOK SELAMA 4 JAM ATAU LEBIH. KALAU NAK LAGI SEDAP...SEBELOM MAKAN MASUKKAN DALAM FREEZER SELAMA 15 MINIT...HMM NYUM2...MCM LAA PUTRI YG MAKAN EK HEHEHE.


SELAMAT MENCUBA!!!