Tuesday, 3 December 2013

~Pavlova~


Fruit Tart




Teringin plak tekak nak makan tart buah... Resepi untuk kastard, guna Che Mat Gebu punya. Untuk crust, resepi drp Ita Masam Manis. Kalau rasa malas, beli kat kedai pun senang je crust tu, 24 biji dalam RM 7.

Crust

170 gm butter
50 gm gula icing
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1/2 sudu esen vanilla

Pukul butter sebentar, + gula icing. + telur dan + tepung.
Gaulkan rata hingga jadi doh.
Balut dalam cling wrap dan simpan 30 minit dalam peti ais.

Ambil sedikit doh dan ditekan nipis dalam acuan.
Cucuk kan dgn garfu dan dibakar dalam suhu 170 C selama 10 minit.
Crust ini boleh disediakan awal dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Custard Filling
(utk 25 biji tart kecil...)

2 cawan susu segar ( tapi saya pakai 1 tin susu cair...)
3 sudu besar tepung castard
3 sudu gula
2 sudu mentega
1 sudu teh esen vanila

Campurkan susu, tepung castard dan gula. Dikacau hingga tepung tidak bergentel dan dimasak hingga likat dan kental, dalam 10 - 15 minit.
Tutup api dan masukkan mentega dan vanilla. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

Potong buah2 yg disukai dan yg ada dijual....(bukan senang nak cari buah2 mcm rasberri dan blueberry....)

Ambil sesudu kastard, diratakan dalam crust dan disusn buah2 diatasnya... Simpan sejuk baru di makan..., nyummy...
CARAMEL PUDDING ^_^

: Bahan-bahan :

For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air



: Cara-cara :

For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge. Voila!





selamat mencuba resepi semua :)
have a nice food ;)
Resipi Chocolate Cupcakes ^_^


Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Segenggam chocolate chips

Cara-cara
  1. Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
  2. Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
  3. Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
  4. Masukkan dalam cup. 
  5. Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit atau bakar dalam oven 180 degree selama 45 minit.


Cup hitam adalah yang kukus. Cup merah adalah yang bakar. Terdapat perbezaan dari segi tekstur.

 Lebihan batter masukkan dalam cup besar ni.

Selamat mencuba resipi semua :)
have a nice food ;)


RESIPI NYUMMY PAVLOVA
 BAHAN - BAHAN :

Meringue
4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )


: CARA-CARA :

Oven
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius

Meringue
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk

* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer

5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.

Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.



Pavlovaku. Comel sangat ! Sayang nak makan hehe



Pavlova ni luarnya rangup dan dalamnya lembut macam marshmellow. Rasanya manis. Jadi kena balancekan dengan cream dan strawberry. Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk. Kalau korang rajin, bolehlah hias dengan kiwi, blueberry and grapes. 
RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.